Open Tuition Bahasa Melayu (Tingkatan 5)
9 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 8 Januari 2026 (Khamis) telah diadakan Open Tuition Bahasa Melayu (Tingkatan 5) secara atas talian. Program Open Tuition ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 5. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Open Tuition ini bermula pada pukul 3:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Antara pengisian Open Tuition Bahasa Melayu ini adalah untuk membantu dan membimbing para pelajar tentang cara penggunaan tatabahasa dalam penulisan karangan dan ayat dengan betul. Selain itu juga, para pelajar turut diajar cara penggunaan tatabahasa dengan menggunakan kaedah belajar yang menyeronokkan dan senang faham. Modul pembelajaran turut disediakan kepada pelajar yang mengikuti Open Tuition Bahasa Melayu ini.
Diharapkan program seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Bahasa Melayu pada peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: